Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.
Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).
Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.
Rujukan : http://www.xpresi.org/sistem-analisis-peperiksaan-sekolah-saps-kementerian-pelajaran/#ixzz1b6M8nWdx
Sistem ini telah diubahsuai baru-baru ini dengan penambahan "semaka ibubapa". SEMAKAN IBUPAPA. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar (seperti di SMM), pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
Anda boleh melayari laman web SAPS di sini --> http://saps.moe.gov.my/ atau rujuk kepada bahagina atas dalam laman web ini.